Pengasas Restoran Biggy & The Ahli Kopi

 Biggy & Ahli Kopi diasaskan oleh seorang belia yang masih lagi muda iaitu lewat 30an yang bernama Ainol Zulkarnain bin Zainal Abidin. Beliau bersahaja berperwatakan rock dengan gaya rambut panjang melepasi paras bahu namun hal demikian tidak menunjukkan beliau seorang yang melampaui batas sebagai seorang Melayu sejati. 
Walaupun beliau berketrampilan rock, namun di semua outlet cawangan restorannya, setiap satu mesti mempunyai sebuah bilik khas untuk dijadikan sebagai surau tempat para pelanggan beliau menunaikan solat fardhu sewaktu menjamu selera di restoran beliau.
Dekorasi Restoran Biggy & The Ahli Kopi dimuatkan dengan peralatan klasik seperti radio, telefon, dan juga pelbagai peralatan klasik yang lain. 
Suasana di Restoran Biggy & The Ahli Kopi turut dimeriahkan dengan pelbagai pokok - pokok herba yang menghidupkan suasana alam semulajadi di dalam restoran beliau. 
Personaliti beliau adalah seorang yang bersahaja namun tegas dalam tindakan beliau. Beliau menegur setiap kesalahan yang dilakukan oleh para pekerja beliau secara berhemah agar nasihat baik beliau memberi kesan yang mampu diterima oleh orang yang ditegur.
Hobi masa lapang beliau semasa meninjau keadaan operasi Restoran Biggy & The Ahli Kopi adalah bergaul mesra dengan kawan - kawan beliau yang kadangkala masa beliau dihabiskan dengan bermain game bola sepak sementara menunggu waktu operasi restoran Biggy & Ahli Kopi tamat untuk menyimpan rekod operasi Restoran Biggy & The Ahli Kopi yang akan diserahkan oleh para pekerja beliau. 
Dalam dua tahun lagi beliau akan menginjak ke usia 40 tahun, namun kematangan yang ditunjukkan oleh beliau melangkaui batas usia beliau.

Comments